Ex-SM SETA Gathering Party

Ex-SM SETA Gathering Party
A Blast From The Past Reunion

Friday, December 18, 2009

Wajah-wajah


































Anda kenal dengan mereka-mereka ini? Inilah di antara insan-insan yang pernah sesuatu ketika dulu menuntut di SETA, ramai juga yang pernah mengharumkan nama sekolah, menaikkan prestasi sekolah - akademik dan kokurikulum, banyak bintang-bintang sukan dilahirkan..dan yang menjahanamkan sekolah pun boleh tahan jugak. ahak!







Wednesday, December 16, 2009

Monday, December 14, 2009

Ingat lagi tak lagu sekolah kita?

masa mesyuarat AJK hari tu, ada kawan tanya macam mana lagu sekolah SETA? dah lama tinggal memang tak boleh nak ingat. tapi bila korang tengok lirik lagu ni mesti korang boleh nyanyi dari awal..betul tak?

LAGU SEKOLAH

Oh Sekolah aku berseru,
Sedia didik aku,
Dari kecil hingga dewasa,
Segala ilmu di dada.

Asuhlah aku pupuklahku,
Akukan lapar ilmu,
Aku kurang pengalaman,
Dahaga pengetahuan.

Chorus:

Oh SETA! Oh SETA!
Engkau pengasas kita,
Setiap langkah beri perhati,
Hidupku penuh erti.

Selama bawah naunganmu,
Selama tak jemu,
Dapatku bersahabat erat,
Berguna sebgai rakyat.

Wahai guru wahai sekolah,
Tak akan ku mengalah,
Kau akan dalam ingatanku,
Kupuja sehayatku.

Chorus:

Oh SETA! Oh SETA!
Engkau pengasas kita,
Setiap langkah beri perhati,
Hidupku penuh erti.

Reunion Ex-SM SETA - Senarai AJK

Reunion Ex-SM SETA
JAWATANKUASA PELAKSANA

Tarikh : 14 Februari 2010
Tempat : The Zon Regency Hotel, Johor Bahru
Masa : 7:00pm - 11:00pm

JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : Siti Radzeah Rahmat (Zeah)
Naib Pengerusi : Hazura Edayu Idris (Anna)
Setiausaha : Nazatulsima Zakaria (Shima)
Naib Setiausaha : Hasnita Mohd Taib (As)
Bendahari : Nor Arfah Rahmat (Noy)
Naib bendahari : Daliah Daud (Dalia)

AHLI JAWATANKUASA KECIL
Jawatankuasa Siaraya/Publisiti :
Normaliz Hamid (Maliz) & Tina Haryani Daud (Tina)

Jawatankuasa Logistik :
Hazura Edayu Idris (Anna)

Jawatankuasa Pendaftaran :
Melissa Zainal Abidin (Lissa), Nazatulsima (Shima) & Noraziah Ibrahim (Gee)

Jawatankuasa Jamuan :
Fadzlina Fazillah (Alyn) & Izailiha Haris (Izai)

Jawatankuasa Backdrop & Hiasan Pentas :
Hazura Edayu Idris (Anna)

Jawatankuasa PA/Penataan Sistem Bunyi :
Nor Arfah Rahmat (Noy)

Jawatankuasa Persembahan:
Hazura Edayu Idris (Anna)
Daliah Daud (Daliah)
Normaliz Hamid (Maliz)

Jawatankuasa Cenderamata & Hadiah :
Daliah Daud (Dalia)
Nor Arfah Rahmat (Noy)
Syarifah Faizahani Syed Abdullah (Chik)

Jawatankuasa Pembaca Doa :
Hasnita Mohd Taib (As)

Jawatankuasa Fotografi :
Harmiana Binti Abd Kahar (Emy)

Wakil batch SPM 1990 & 1991 : Marliny Samad (Liny)

Wakil batch SPM 1992 & 1993 : Siti Radzeah Rahmat (Zeah)

Wakil batch SPM 1994 : Melissa Mohamed Zainalabidin (Lissa)

Wakil batch SPM 1995 : Tina Haryani Daud (Tina)

***

Reunion Ex-SETA : 14 Feb 2010


Reunion Ex-SETA akan diadakan pada 14 Februari 2010 bertempat di The Zon Regency Hotel, Johor Bahru jam 7 malam.

Saya dan beberapa rakan yang lain telah bersetuju untuk mengadakan majlis perjumpaan semula SM Sultanah Engku Tun Aminah. Majlis ini dibuka kepada semua ex-SETA tidak mengira peringkat usia. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan di antara kita, bertemu semula dengan rakan-rakan yang sudah lama terpisah serta menjadi satu agenda sosial yang positif dan sihat.

Satu mesyuarat pelantikan Ahli Jawatankuasa dan pembahagian tugas telah diadakan pada 12 Disember 2009 di Restoran An' Nisa @ Danga Bay, Johor Bahru jam 8 malam.

Selaku Pengerusi Majlis yang akan diadakan ini, saya ingin menjemput Ex-SETA sekalian untuk sama-sama menghadiri malam yang istimewa ni.

Untuk keterangan lanjut, sila email : exsmseta@gmail.com

Tarikh tutup pendaftaran : 20 Disember 2009.

Tuesday, November 17, 2009

Imbasan Sejarah SMK SETA


Sekolah Menengah Sultanah Engku Tun Aminah yang dahulunya dikenali dengan nama Sekolah Menengah Rendah Perempuan Sultan Ibrahim II telah ditubuhkan pada 4 Januari 1970. Ketika itu, sekolah ini menumpang di Maktab Sultan Abu Bakar selama lima bulan sebelum berpindah ke bangunan sekarang pada bulan Mei 1970.

Pada tahun 1978, nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah Menengah Sultanah Engku Tun Aminah sempena nama DYMM Almarhummah Sultanah Engku Tun Aminah bte Engku Ahmad.

Sekolah yang dikhaskan untuk pelajar-pelajar perempuan sahaja bermula dengan pelajar sulungnya seramai 580 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan peralihan dan tingkatan satu dengan tenaga pengajar seramai 20 orang. Tiga buah kelas aliran Sastera telah diperkenalkan pada tahun 1975, manakala aliran Sains bermula pada tahun 1979. Pada tahun 1990, bilangan pelajar di sekolah ini mencecah angka 2000 orang dengan tenaga pengajar berjumlah hampir 90 orang, manakala kelasnya sehingga Tingkatan 5 dengan menawarkan aliran Sains, Sastera Akaun dan perdagangan. Setelah hampir 36 tahun penubuhannya, bilangan pelajar di sekolah ini berjumlah 1407 orang dengan 82 orang tenaga pengajar dan 13 orang staff sokongan. Kelasnya merangkumi tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dan menawarkan pelbagai aliran seperti aliran Sains, IT, Akaun, Teknik dan Kemanusiaan.

Bagi melahirkan identitinya yang tersendiri, lencana sekolah telah direka cipta dan sebuah lagu sekolah telah digubah pada tahun 1979. Pada tahun 1980 pula, majalah pertama sekolah ’SEMPANA’ telah diterbitkan.

Pelajar-pelajar yang ditempatkan di sekolah ini kebanyakannya menerima pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Nong Chik, Sekolah Kebangsaan Yahya Awal dan Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim, dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil yang berdekatan.

Melalui pelbagai kemudahan yang disediakan, komitmen padu daripada para guru dan usaha gigih para pelajarnya, SMK SETA akan meneruskan kecemerlangannya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum selaras dengan MOTO sekolah ’MAJU TERUS MAJU’.

Rujuk : www.smkseta.com

Saturday, November 14, 2009

Salam Pembukaan

assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua,

tujuan blog ini diadakan khas untuk rakan-rakan bekas sekolah menengah sultanah engku tun aminah berkongsi bersama pengalaman pahit manis dahulu, kini dan di masa akan datang, insyaallah.