Ex-SM SETA Gathering Party

Ex-SM SETA Gathering Party
A Blast From The Past Reunion

Tuesday, November 17, 2009

Imbasan Sejarah SMK SETA


Sekolah Menengah Sultanah Engku Tun Aminah yang dahulunya dikenali dengan nama Sekolah Menengah Rendah Perempuan Sultan Ibrahim II telah ditubuhkan pada 4 Januari 1970. Ketika itu, sekolah ini menumpang di Maktab Sultan Abu Bakar selama lima bulan sebelum berpindah ke bangunan sekarang pada bulan Mei 1970.

Pada tahun 1978, nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah Menengah Sultanah Engku Tun Aminah sempena nama DYMM Almarhummah Sultanah Engku Tun Aminah bte Engku Ahmad.

Sekolah yang dikhaskan untuk pelajar-pelajar perempuan sahaja bermula dengan pelajar sulungnya seramai 580 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan peralihan dan tingkatan satu dengan tenaga pengajar seramai 20 orang. Tiga buah kelas aliran Sastera telah diperkenalkan pada tahun 1975, manakala aliran Sains bermula pada tahun 1979. Pada tahun 1990, bilangan pelajar di sekolah ini mencecah angka 2000 orang dengan tenaga pengajar berjumlah hampir 90 orang, manakala kelasnya sehingga Tingkatan 5 dengan menawarkan aliran Sains, Sastera Akaun dan perdagangan. Setelah hampir 36 tahun penubuhannya, bilangan pelajar di sekolah ini berjumlah 1407 orang dengan 82 orang tenaga pengajar dan 13 orang staff sokongan. Kelasnya merangkumi tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dan menawarkan pelbagai aliran seperti aliran Sains, IT, Akaun, Teknik dan Kemanusiaan.

Bagi melahirkan identitinya yang tersendiri, lencana sekolah telah direka cipta dan sebuah lagu sekolah telah digubah pada tahun 1979. Pada tahun 1980 pula, majalah pertama sekolah ’SEMPANA’ telah diterbitkan.

Pelajar-pelajar yang ditempatkan di sekolah ini kebanyakannya menerima pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Nong Chik, Sekolah Kebangsaan Yahya Awal dan Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim, dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil yang berdekatan.

Melalui pelbagai kemudahan yang disediakan, komitmen padu daripada para guru dan usaha gigih para pelajarnya, SMK SETA akan meneruskan kecemerlangannya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum selaras dengan MOTO sekolah ’MAJU TERUS MAJU’.

Rujuk : www.smkseta.com

No comments:

Post a Comment